Wednesday, October 14, 2009

Air Mani Punca Berubah Warna

LELAKI sungguh prihatin dengan organ seksual mereka. Berikutan sikap semulajadi itu, mereka kerap ‘gelabah’ apabila mendapati organ seksual mereka tidak menepati apa yang dilihat, terutama kepada ‘kaki’ filem lucah.

Saya kerap menerima soalan mengenai warna air mani. Setiap kali ada perubahan pada warna cecair mengandungi sperma itu, mereka terus menjadi ‘serabut’ dengan berfikiran sudah dijangkiti penyakit kelamin.

Ini adalah pemikiran sempit. Mungkin kepada lelaki yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti seks bebas, mereka sentiasa diburu bayang-bayang dosa sendiri.

Namun, tidak semua perubahan air mani ada kaitan dengan penyakit seks.

Saya memberi contoh soalan ini: “Air kencing saya kadangkala mempunyai lendir berwarna kuning. Begitu juga air mani saya. Kadangkala air mani saya juga tidak berwarna putih seperti biasa. Ia berwarna ‘koko’ seakan-akan bercampur darah.

“Saya juga mengalami masalah di mana saya tidak berasa senak apabila sesuatu berlaku pada buah zakar saya, seperti terkena tendangan bola. Adakah ini menunjukkan buah zakar saya sudah tidak berfungsi?”

Di dalam dunia perubatan sakit tuan, warna air mani tertakluk kepada cecair yang banyak keluar daripada pundi yang terbabit menghasilkan air mani.

Jika ia berwarna kekuningan, kemungkinan besar banyak cairan keluar daripada pundi seminal dan jika ia kelihatan kelabu putih, itu bermakna banyak cecair datang daripada pundi prostat.

Jika warna kelihatan ‘koko’ pula, ia menunjukkan ada kandungan darah dalam air mani dan mungkin petanda jangkitan dalam pundi prostat.

Kadangkala air mani kekuningan menjadi petanda jangkitan kepada pundi prostat.

Bagaimanapun, semua perkara di atas perlu mendapat kepastian dan bukan sekadar melihat apa perubahan yang berlaku tetapi tidak menjalani rawatan doktor kerana bimbang disahkan mengidap penyakit, terutama kelamin yang sungguh memalukan.

Namun, tidak semua penyakit kelamin berasaskan seks bebas atau meniduri ‘wanita kotor’, sebaliknya boleh berlaku disebabkan kerosakan kepada beberapa pundi yang penting di dalam ‘dunia seksualiti’ lelaki.

Jangan ‘dibuai’ kebimbangan tanpa bersebab. Berjumpalah doktor, bukan bomoh atau tukang urut untuk ketenangan fikiran apabila anda berasa ada perubahan pada organ seksual.

Saya juga menasihatkan supaya anda jangan bertanya yang bukan pakar seperti rakan kerana nasihat yang tidak betul akan memudaratkan anda seumur hidup.

Mengenai perasaan senak yang biasa timbul jika buah zakar tercedera, itu tertakluk kepada keadaan.

Kebiasaan untuk kerandut mengecut ketika sesuatu kemalangan berlaku kepada buah zakar. Ini satu perlindungan semulajadi yang tidak perlu dibimbangkan.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Tuesday, October 6, 2009

13 MANFAAT BUAT HUBUNGAN SEKS

Mari kita berkongsi satu fakta :

Siapa kata hubungan seks hanya memberi kenikmatan?

Bagi yang dah kahwin tau....Yang belum kahwin jangan buat dosa....

ini beberapa hasil kajian tentang manfaat lain dari seks.

1. Saat aktiviti seks, wanita akan memproduksi hormon estrogen dua kali lebih besar. Seperti diketahui, hormon itu bagus untuk kesehatan rambut dan kulit, karena itu hubungan seks rutin akan membuat awet muda.

2. Hubungan seks sering disertai keringat. Itu ertinya, metabolisme tubuh dirangsang untuk bekerja dengan baik. Keringat juga membuang zat racun dari dalam tubuh.

3. Seks selama 26 minit [hingga klimaks], sama dengan jogging atau renang 20 putaran, yang boleh membakar kalori dari separuh pizza saiz biasa / regular. Baik untuk diet dan menjaga berat tubuh ideal.

4. Hubungan seks yang dilakukan suka sama suka, memacu pelepasan andhorpin ke darah, hingga membuat tubuh terasa ringan dan menyenangkan. Baik untuk mengurangi stress sehingga dapat sebagai aktiviti santai yang paling sederhana.

5. Seks memberi ubat,kerana Hormon oxytocin yang dikeluarkan sesaat setelah klimaks, adalah ubat penenang paling aman. Jangan hairan anda akan terasa ingin tidur, setelah selesai berhubungan intim.

6. Seks tanpa ciuman terasa hambar.
Padahal, ciuman itu merangsang produksi saliva, yang baik untuk mempertahankan keasaman mulut dan membanteras pembiakan bakteria disana.

7. Berhubungan intim selama 20 minit [tidak termasuk foreplay] amat baik untuk melatih kerja kardiovaskular. Ia dapat memperlancar aliran darah dari dan ke jantung. Bagus untuk kekuatan jantung dan mengurangi sakit kepala.

8. Aktiviti seks yang rutin minimal 2 hari sekali akan menyegarkan otak dan mengatasi tekanan dari bebanan kerja seharian karena kerja jantung dilatih lebih aktif sehingga bekalan darah ke kepala akan meningkat kesan daripada itu.

9. Seks juga merangsang produksi antihistamine, hormon di dalam badan yang sangat bermanfaat bagi daya tahan tubuh, termasuk melancarkan pernafasan.

10. Hubungan seks yang kerap dan teratur dapat menjaga bentuk tubuh wanita terutama bahagan perut kerana gerakan yang terpusat pada pinggul dan selangkangan akan membantu membakar lemak di kawasan tersebut.

11. Gerakan oral seks selama 5 minit dapat membuat otot muka menjadi lebih lentur dan segar. Sama dengan aktiviti tertawa sepanjang 30 minit.

12. Cairan air mani yang dikeluarkan pada saat ejakulasi dapat dimanfaatkan sebagai masker kulit karena kandungan protein dan mineral sangat baik sebagai nutrisi kulit. Biarkan cairan sperma mengering sendiri diatas permukaan kulit baru dibersihkan.

13. Hubungan seks yang sopan dan berjadual akan membantu menjaga tahap kesihatan vagina, kerana bentuk kepala penis dan gerakan penis dalam vagina selama melakukan aktiviti seks membantu membersihkan liang vagina dengan efektif dan menjadikan vagina sentiasa lembap.

Tentu, untuk hasil yang maksima, hubungan intim sebaiknya hanya dilakukan secara aman bersama pasangan. Untuk lebih romantik, selalu tukar tempat selain dari bilik tidur, ini akan membangkitkan ghairah yang lebih hebat.Untuk menambah kenikmatan dan melayari bahtera hebat dipukul ombak sila cuba produk disini

Saturday, October 3, 2009

Khasiat Peluk Isteri

( UNTUK YANG DAH BERKAHWIN..YANG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN )

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.